Kerabat Bergelar Negeri Sembilan
Assalamualaikum.Kali ini mari kita melihat pula sejarah dan susur galur kerabat diraja negeri semnbilan,Negeri yang dikenali sebagai Bumi Adat di Malaysia.Negeri Sembilan pada mulanya dipercayai didiami oleh kaum bugis dan sakai dan dinaungi oelh Kerajaan Johor,kemudiaan ianya berkembang apabila datangnya keturunan orang melayu minangkabau tetapi keadaan di negeri sembilan pada waktu itu sangat tidak aman oleh kerana kekalutan yang ditimbulkan oleh orang bugis yang diketuai oleh Daeng Kemboja.
Penghulu di Negeri Sembilan telah bersepakat untuk menghadap Yang dipertuan Pagar Ruyong setelah Sultan Johor pada waktu itu tidak dapat menolong apa-apa kerana sedang berperang dengan Aceh.Maka Yang dipertuan Pagar Ruyong bersetuju untuk menghantar seorang anak raja iaitu Raja Melewar sebagai Yamtuan untuk memrintah negeri sembilan pada waktu itu.
Berikut merupakan susunan Yang dipertuan(YamTuan Besar)Negeri Sembilan dari awal hinggalah sekarang.
- Sultan Mahmud(Raja Melewar)
- Yamtuan Raja Hitam
- Yamtuan Raja Lenggang
- Yamtuan Raden Ibni Raja Lenggang
- Yamtuan Antah ibni Raja Raden
- Yamtuan Tuanku Mohammad Ibni Tunku Laksmana Antah
- Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohammad
- Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
- Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
- Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
Dan ini pula merupakan susunan Cik Puan Besar dan Tunku Ampuan Negeri Sembilan
- Cik Puan Besar Seni bt Dato Naam
- Tunku Ampuan Jingga bt Almarhum Sultan Mahmud
- Tunku Ampuan Ngah bt Raja Hitam
- Cik Puan Besar Nila
- Tunku Ampuan Intan bt Tunku Alang Hashim
- Cik Puan Besar Halimah
- Tunku Ampuan Besar Khadijah bt Tunku Muda Chik(Isteri Tuanku Mohammad)
- Tunku Ampuan Cik Serting(Isteri Tuanku Mohammad)
- Tunku Ampuan Kursiah bt Tunku Besar Burhanuddin
- Tunku Ampuan Durah bt Tunku Besar Burhanuddin
- Tunku Ampuan Najihah bt Tunku Besar Burhanuddin
- Tunku Ampuan Besar Aishah Rohani bt Tunku Besar Mahmud
Dan ini pula gelaran bagi Putera yang empat di Negeri Sembilan mengikut kekanananya di dalam Istana Besar Seri Menanti
- Tunku Besar Seri Menanti
- Penyandangnya sekarang ialah Y.A.M Tunku Ali Redhaudin Ibni Tuanku Muhriz
- Merupakan putera sulong pasangan Yang Dipertuan Besar dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan
- Dianugerahkan Darjah Kerabat Yamtuan Raden(D.K.Y.R)
2.Tunku Laksamana Negeri Sembilan
- Penyandangnya sekarang ialah Y.A.M Tunku Naquidin ibni Almarhum Tuanku Jaafar
- Isteri penyadang membawa gelaran Tunku Puan Muda(Tunku Nurul Hayati bt Tunku Bahador)
3.Tunku Muda Serting
- Penyandangnya ialah Y.A.M Tunku Imran ibni Almarhum Tuanku Jaafar
- Isteri penyandang membawa gelaran Che Engku Negeri Sembilan
4.Tunku Panglima Besar
- Penyandangnya sekarang ialah Y.A.M Tunku Nazruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar
Gelaran Anak Raja Bergelar yang lain.
- Tunku Dara
- Tunku Puteri
- Tunku Puan Muda Serting
- Tunku Imam
- Tunku Kechil Besar
- Tunku Putera




0 comments:
Post a Comment